Saturday 26 November 2011

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga.......

SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA.......itulah nasib yang dialami oleh pasukan Olimpik negara selepas tewas kepada Bahraib di Stadium Bukit Jalil pada perlawanan ketiga kelayakan Olimpik Zon Asia....Walaupun mendahului dengan jaringan 2-0 hasil sentuhan Nazmi Faiz dan Mahali Jasuli namun kealpaan pada 15 minit terakhir perlawanan membuat Malaysia berputih mata apabila pasukan pelawat berjaya bengkit melalui 3 jaringan untuk memperoleh 3 mata pertama mereka dan menjadikan Malaysia pasukan terbawah tanpa sebarang mata....
     Pasukan Malaysia berjaya memimpin permainan pada separuh masa pertama menerusi jaringan Nazmi Faiz dari luar kotak penalti.Pada separuh masa kedua, pasukan pelawat terpaksa beraksi sepuluh pemain selepas seorang pemain mereka dilayangkan kad merah dan memberi kelebihan kepada Malaysia....
     Kesempatan itu digunakan sebaiknya oleh pasukan negara apabila berjaya menjaringkan gol kedua menerusi jaringan Mahali Jasuli hasil kesilapan penjaga gol pelawat yang gagal menangkap kemas bola....15 minit terakhir, pasukan pelawat berjaya menggandakan asakan dan berjaya memperolehi jaringan melalui serangan balas yang pantas....
      Kekalahan tersebut jelas memberikan kekecewaan untuk penyokong Malaysia yang membanjiri stadium pada malam itu...Namun, persembahan pasukan negara harus dipuji kerana berjaya memberikan tekanan untuk pasukan pelawat yang jauh lebih hebat dan menduduki rangking yang jauh lebih tinggi.
highligth Malaysia vs Bahrain

Thursday 24 November 2011

Perlawanan yang memenatkan untuk Harimau Malaya..........

Selepas menharungi perlawanan gentinh menentang Indonesia sehingga berlarutan ke penentuan sepakan penalti, dikepung oleh penyokong fanatic Indonesia dan terus terbang pulang menaiki Air Asia ke LCCT untuk perlawanan menentang pasukan Syria untuk kelayakan Olimpik 2012.
    Kepenatan jelas terpampang di muka anak buah Ong Kim Swee kerana masa rehat yang terlalu singkat. Walaupun memegang status tuan rumah, tetapi rehat pasukan pelawat jauh lebih panjang berbanding skuad Malaysia. Itulah yang terpaksa dihadapi oleh mereka demi Negara yang tercinta.
     Walaupun mereka tewas kepada Syria, mereka mampu member saingan yang hebat meskipun kepenatan. 2 jaringan di separuh masa kedua menunjukkan betapa pasukan Malaysia kepenatan sebelum tunduk kepada lawan. Sikap tidak mudah mengalah menunjukkan betapa mereka mampu menyainggi pasukan yang menduduki rangking jauh lebih tinggi daripada mereka.

 jaringan pertama SYRIA

jaringan kedua SYRIA

Tuesday 22 November 2011

Harimau Malaya....Kejayaan yang sangat dramatik.........

Walaupun turun dengan berbagai halangan dan terpaksa menaiki bercuda untuk ke stadium Gelora Bung Karno, skuad Harimau Malaya berjaya meraih kemenangan yang dramatik menewaskan tuan rumah Indonesia menerusi sepakan penalti 4-3 selepas terikat 1-1 sepanjang 90 minit permainan dan 30 minit tambahan masa.
     Meskipun ketinggalan di awal permainan, anak buah Ong Kim Swee berjaya bangkit untuk mengikat permainan pada separuh masa kedua menerusi tandukan menarik Asraruddin Putra hasil umpanan menarik Badrol Bakhtiar. Selepas gagal mendapatkan gol, perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti. kegagalan 2 orang pemain Indonesia dan aeorang pemain Malaysia telah berjaya menjadikan Malaysia sebagai juara sekaligus mempertahankan pingat emas sukan sea yang dimenangi pada edisi lalu.
     Selepas kemenangan tersebut, pasukan antidopping telah melakukan ujian dopping terhadap pemain Malaysia yang menjadi salah satu cara mereka untuk membatalkan pingat emas yang telah dimenangi oleh Malaysia. jelas terpancar rasa tidak puas hati dalam kalangan pegawai Malaysia terhadap pasukan antidopping tersebut.
penetuan sepakan penalti:final sukan sea

Saturday 19 November 2011

Harimau Malaya...Selangkah Untuk Mempertahankan Emas.....

Selepas mengharungi perlawanan sengit menentang pasukan Myanmar petang tadi,skuad Harimau Muda berjaya melangkah ke final dan semakin hampir dengan misi untuk mempertahankan pingat emas dalam acara bolasepak yang telah dimenangi dalam edisi lalu.Dalam perlawanan petang tadi,Malaysia dilihat sukar untuk menembusi benteng pertahanan Myanmar kerana hanya mampu melakukan beberapa percubaan sahaja ke gawang gol lawan.Statistik di separuh masa pertama perlawanan agak seimbang kerana bola lebih banyak berlegar di bahagian tengah.Myanmar juga ketandusan idea untuk merobek benteng pertahanan negara yang diketuai oleh Muslim Ahmad.
          Pada separuh masa kedua,Myanmar terlebih dahulu mencemaskan pintu gol negara melalui percubaan di depan pintu gol yang berjaya diselamatkan oleh penjaga gol negara,Khairul Fahmi Che Mat.Perubahan taktikal yang dilakukan oleh Ong Kim Swee melalui arahan yang diberikan kepada penolong jurulatih dengan memasukkan K.Gurusamy dan Izzaq Faris memberi impak berkesan buat pasukan negara.Selepas 10 minit kemasukan Izzaq,beliau telah berjaya melakukan gerak menarik sebelum menghantar bola ke dalam kotak penalti yang disempurnakan oleh Ahmad Fakri untuk gol kemenangan Malaysia pada minit ke-85.
          Selepas jaringan tersebut,Myanmar cuba melakukan serangan untuk mencari gol penyamaan namun semuanya sudah terlambat kerana Malaysia lebih ampuh bertahan.Pada masa kecederaan,Izzaq telah mengalami kecederaan dan terpaksa dikeluarkan dan digantikan dengan Thamil Arasu.Malaysia berjaya melangkah ke pentas final untuk 2 edisi berturut-turut.Malaysia akan bertemu tuan rumah Indonesia dalam aksi final nanti.Dalam perlawanan petang tadi,sedikit kontroversi telah berlaku apabila Ong Kim Swee di halang untuk memasuki padang bagi meraikan kejayaan Malaysia melangkah ke separuh akhir.Syabas untuk pasukan HARIMAU MALAYA...SYABAS ONG KIM SWEE....

Highligts pertemuan separuh akhir antara Malaysia vs Myanmar

Friday 18 November 2011

Palpitations SEA Games football semi-final.

Today (Saturday) will last SEA Games semi-finals four teams of disunity between Malaysia vs Myanmar and Indonesia vs Vietnam.Malaysia will fall against Myanmar at 5p.m. and the Indonesians against Vietnam at 8p.m.Both matches will be held at the Gelora Bung Karno stadium.Speaking on the semi-finals FAM president confident of the ability of the Malaysian team to beat a team of Myanmar and moved into a final.As president, Sultan Ahmad Shah is confident with the ability of children of Ong Kim Swee shown based on current performance at the moment.He advised that the Malaysian players can streamline pattern of the game to be able to realize the dream of all the people and the country's football fans to see Malaysia playing in the final stage.
           Meanwhile in the field, the last fortress of the country is seen as powerful now as only conceded two goals so far.The last fortress of the country is amplified by the five players who played on the stage of the AFF Suzuki Cup.The players are Khairul Fahmi Che Mat (goalkeeper),Muslim Ahmad,Fadhli Shas,Asraruddin Putra Omar and Mahali Jasuli.Based on the experience acquired, Malaysia is seen tough defenses, attackers penetrated by the opposing team.But that's not all because it is only on paper but on the pitch everything can happen.In action this evening, Malaysia will be down played without coach Ong Kim Swee who will sit in the stands as suspended one game.But all is not a problem for Ong Kim Swee squad because they are so eager to beat Myanmar this afternoon.
The last line of the Malaysian side.