Saturday 26 November 2011

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga.......

SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA.......itulah nasib yang dialami oleh pasukan Olimpik negara selepas tewas kepada Bahraib di Stadium Bukit Jalil pada perlawanan ketiga kelayakan Olimpik Zon Asia....Walaupun mendahului dengan jaringan 2-0 hasil sentuhan Nazmi Faiz dan Mahali Jasuli namun kealpaan pada 15 minit terakhir perlawanan membuat Malaysia berputih mata apabila pasukan pelawat berjaya bengkit melalui 3 jaringan untuk memperoleh 3 mata pertama mereka dan menjadikan Malaysia pasukan terbawah tanpa sebarang mata....
     Pasukan Malaysia berjaya memimpin permainan pada separuh masa pertama menerusi jaringan Nazmi Faiz dari luar kotak penalti.Pada separuh masa kedua, pasukan pelawat terpaksa beraksi sepuluh pemain selepas seorang pemain mereka dilayangkan kad merah dan memberi kelebihan kepada Malaysia....
     Kesempatan itu digunakan sebaiknya oleh pasukan negara apabila berjaya menjaringkan gol kedua menerusi jaringan Mahali Jasuli hasil kesilapan penjaga gol pelawat yang gagal menangkap kemas bola....15 minit terakhir, pasukan pelawat berjaya menggandakan asakan dan berjaya memperolehi jaringan melalui serangan balas yang pantas....
      Kekalahan tersebut jelas memberikan kekecewaan untuk penyokong Malaysia yang membanjiri stadium pada malam itu...Namun, persembahan pasukan negara harus dipuji kerana berjaya memberikan tekanan untuk pasukan pelawat yang jauh lebih hebat dan menduduki rangking yang jauh lebih tinggi.
highligth Malaysia vs Bahrain

No comments:

Post a Comment