Tuesday 22 November 2011

Harimau Malaya....Kejayaan yang sangat dramatik.........

Walaupun turun dengan berbagai halangan dan terpaksa menaiki bercuda untuk ke stadium Gelora Bung Karno, skuad Harimau Malaya berjaya meraih kemenangan yang dramatik menewaskan tuan rumah Indonesia menerusi sepakan penalti 4-3 selepas terikat 1-1 sepanjang 90 minit permainan dan 30 minit tambahan masa.
     Meskipun ketinggalan di awal permainan, anak buah Ong Kim Swee berjaya bangkit untuk mengikat permainan pada separuh masa kedua menerusi tandukan menarik Asraruddin Putra hasil umpanan menarik Badrol Bakhtiar. Selepas gagal mendapatkan gol, perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti. kegagalan 2 orang pemain Indonesia dan aeorang pemain Malaysia telah berjaya menjadikan Malaysia sebagai juara sekaligus mempertahankan pingat emas sukan sea yang dimenangi pada edisi lalu.
     Selepas kemenangan tersebut, pasukan antidopping telah melakukan ujian dopping terhadap pemain Malaysia yang menjadi salah satu cara mereka untuk membatalkan pingat emas yang telah dimenangi oleh Malaysia. jelas terpancar rasa tidak puas hati dalam kalangan pegawai Malaysia terhadap pasukan antidopping tersebut.
penetuan sepakan penalti:final sukan sea

No comments:

Post a Comment