Saturday 19 November 2011

Harimau Malaya...Selangkah Untuk Mempertahankan Emas.....

Selepas mengharungi perlawanan sengit menentang pasukan Myanmar petang tadi,skuad Harimau Muda berjaya melangkah ke final dan semakin hampir dengan misi untuk mempertahankan pingat emas dalam acara bolasepak yang telah dimenangi dalam edisi lalu.Dalam perlawanan petang tadi,Malaysia dilihat sukar untuk menembusi benteng pertahanan Myanmar kerana hanya mampu melakukan beberapa percubaan sahaja ke gawang gol lawan.Statistik di separuh masa pertama perlawanan agak seimbang kerana bola lebih banyak berlegar di bahagian tengah.Myanmar juga ketandusan idea untuk merobek benteng pertahanan negara yang diketuai oleh Muslim Ahmad.
          Pada separuh masa kedua,Myanmar terlebih dahulu mencemaskan pintu gol negara melalui percubaan di depan pintu gol yang berjaya diselamatkan oleh penjaga gol negara,Khairul Fahmi Che Mat.Perubahan taktikal yang dilakukan oleh Ong Kim Swee melalui arahan yang diberikan kepada penolong jurulatih dengan memasukkan K.Gurusamy dan Izzaq Faris memberi impak berkesan buat pasukan negara.Selepas 10 minit kemasukan Izzaq,beliau telah berjaya melakukan gerak menarik sebelum menghantar bola ke dalam kotak penalti yang disempurnakan oleh Ahmad Fakri untuk gol kemenangan Malaysia pada minit ke-85.
          Selepas jaringan tersebut,Myanmar cuba melakukan serangan untuk mencari gol penyamaan namun semuanya sudah terlambat kerana Malaysia lebih ampuh bertahan.Pada masa kecederaan,Izzaq telah mengalami kecederaan dan terpaksa dikeluarkan dan digantikan dengan Thamil Arasu.Malaysia berjaya melangkah ke pentas final untuk 2 edisi berturut-turut.Malaysia akan bertemu tuan rumah Indonesia dalam aksi final nanti.Dalam perlawanan petang tadi,sedikit kontroversi telah berlaku apabila Ong Kim Swee di halang untuk memasuki padang bagi meraikan kejayaan Malaysia melangkah ke separuh akhir.Syabas untuk pasukan HARIMAU MALAYA...SYABAS ONG KIM SWEE....

Highligts pertemuan separuh akhir antara Malaysia vs Myanmar

No comments:

Post a Comment